IPOH 8 Feb. – Sebanyak 115 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak setelah didapati kotor dan tidak menepati kriteria kebersihan yang ditetapkan dalam operasi jabatan itu sepanjang tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, jumlah tersebut dikesan setelah pemeriksaan dilakukan ke atas 10,141 premis di seluruh negeri. Katanya, menerusi Aktiviti Pemantauan Keselamatan dan Kualiti Makanan itu juga, jabatan membuat sebanyak 1,148 rampasan bernilai RM24,703.61. “Rampasan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya