PARIS: Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di sebuah stesen kereta api utama di Paris, Perancis. Lapor BBC, polis berkata, seorang mangsa cedera parah di bahagian perut semasa insiden tikaman yang berlaku di stesen Gare de Lyon pada awal pagi tadi. Katanya, dua lagi mangsa pula mengalami luka ringan. Menurut polis, suspek berjaya ditahan dan kini berada dalam tahanan. Jelas polis, suspek berasal dari Mali dan mempunyai lesen memandu Itali. Sejak kebelakangan ini, Paris melaporkan beberapa serangan bersenjatakan pisau. Pada Disember tahun lalu, seorang pelancong terbunuh dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya