Russia mungkin serang negara NATO dalam 5 hingga 8 tahun lagi?

Russia mungkin serang negara NATO dalam 5 hingga 8 tahun lagi?

BORIS PISTORIUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius memberi amaran Russia di bawah pimpinan Presiden Vladimir Putin berisiko melancarkan serangan ke atas sebuah negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam tempoh lima hingga lapan tahun.

Pistorius membuat dakwaan demikian dalam satu temubual bersama akhbar Der Tagesspiegel yang berpangkalan di Berlin.

“Kami mendengar ancaman daripada Kremlin hampir setiap hari, jadi kita harus mengambil kira Putin mungkin akan menyerang negara NATO suatu hari nanti.

“Walaupun serangan Russia itu tidak mungkin berlaku buat masa ini namun pakar kami menjangkakan ia boleh berlaku dalam tempoh lima hingga lapan tahun lagi,” katanya.

Kenyataan Pistorius itu selari dengan amaran dibuat oleh Menteri Pertahanan Awam Sweden, Carl-Oskar Bohlin yang sebelum ini menyatakan perang berisiko berlaku di Sweden.  

Menurut Pistorius, amaran Sweden boleh difahami dari perspektif Scandinavia.

Malah, katanya, Sweden juga berdepan `situasi lebih serius’ disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Russia.

Dilaporkan, Sweden belum menjadi anggota NATO dan masih menunggu kelulusan daripada Turkiye dan Hungary.

“Kami juga perlu belajar untuk hidup dengan bahaya sekali lagi dan mempersiapkan diri dari aspek ketenteraan, sosial dan pertahanan awam,” katanya.

Selasa lalu, akhbar Jerman, BILD melaporkan bahawa kerajaan negara itu sedang menyediakan pelan rahsia untuk potensi pencerobohan Russia terhadap NATO.

Jelas laporan itu, Kementerian Pertahanan Jerman juga sedang bersiap sedia untuk kemungkinan perang Eropah secara habis-habisan dalam masa terdekat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya