51 termasuk 6 kanak-kanak cedera serangan peluru berpandu

51 termasuk enam kanak-kanak cedera serangan peluru berpandu di Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Serpihan dari peluru berpandu milik Russia yang ditembak jatuh oleh tentera Ukraine merosakkan sebuah hospital dan bangunan kediaman di ibu negara Kyiv.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 50 orang cedera dalam insiden berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melakukan lawatan kerja rasmi ke Washington.

Insiden itu juga menandakan antara bilangan kecederaan terbesar direkodkan di ibu negara dalam tempoh beberapa bulan.

Ketua pentadbiran tentera bandar itu, Sergiy Popko berkata, seramai 51 orang termasuk enam kanak-kanak mengalami kecederaan.

Kata beliau, pihaknya juga menerima laporan membabitkan 12 kes serpihan peluru berpandu jatuh termasuk di daerah Desnyansky yang mana 17 penduduk termasuk tujuh kanak-kanak dipindahkan secara selamat dari bangunan terbakar.

Sebelum ini, tentera udara Ukraine memaklumkan Russia melancarkan serangan dengan menghantar 10 peluru berpandu ke arah Kyiv yang berjaya dimusnahkan.

Seorang wartawan AFP di bandar itu mendakwa terdengar beberapa letupan kuat dan siren amaran serangan udara.

Sementara itu, Datuk Bandar Vitali Klitschko berkata, sebuah bangunan pangsapuri di daerah Dniprovsky rosak sehingga memaksa kira-kira 15 penduduk termasuk empat kanak-kanak dan dua orang kurang upaya berpindah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya