Penyokong Palestin serbu pesawat bawa penumpang Israel di Russia

Penyokong Palestin serbu pesawat bawa penumpang Israel di Russia

TANGKAP layar video menunjukkan orang ramai menyerbu landasan lapangan terbang di Makhachkala, wilayah Dagestan, Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Ratusan orang ramai menyerbu lapangan terbang utama di wilayah Dagestan dan berlari ke landasan sambil melaungkan slogan antisemitik ketika pesawat dari Tel Aviv, Israel mendarat.

Media Russia melaporkan, orang ramai mengelilingi pesawat Red Wing milik negara ini sejurus ia mendarat dengan membawa penumpang dari Tel Aviv.

Laman web Flightradar menyatakan pesawat tersebut berlepas dari Tel Aviv dan mendarat di Makhachkala yang penduduknya majoriti beragama Islam pada pukul 7 malam waktu tempatan.

Media Sota melaporkan, pesawat itu melakukan transit sebelum berlepas ke Moscow dua jam kemudian.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan.

Kementerian Kesihatan Dagestan memaklumkan, lebih 20 orang cedera dalam insiden tersebut dengan dua daripadanya kritikal selepas polis cuba menyuraikan keadaan.

Pihak berkuasa lapangan terbang memberitahu, pesawat berkenaan dalam keadaan baik, namun premis tersebut akan terus ditutup sehingga 6 November ini.

Video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan ada yang cuba terbalikkan kenderaan polis.

Seorang penunjuk perasaan juag dilihat membawa sepanduk tertulis ‘pembunuh kanak-kanak tiada tempat di Dagestan’.

Insiden itu berlaku selepas Israel terus menggempur Gaza sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di wilayah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya