Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran

Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukan berjaya memusnahkan sebanyak 31 daripada 39 dron dilancarkan oleh Russia dalam satu serangan besar-besaran semalaman.

Jurucakap komando tentera selatan Ukraine, Nataliya Gumenyuk berkata, beberapa pesawat udara tanpa pemandu (UAV) milik Russia dipintas di kawasan pantai Laut Hitam dan lebih jauh ke pedalaman.

“Russia tidak menghentikan tekanan dan mencari taktik baharu dengan melancarkan serangan secara besar-besaran.

“Kali ini, beberapa unit UAV dilancarkan. Pasukan pertahanan udara kami berusaha memintasnya di sepanjang hampir seluruh arah selatan, di wilayah Odesa, Mykolaiv.

“Kami juga cuba memintas arah utara ketika musuh menyasarkan serangannya ke tengah Ukraine,” katanya di aplikasi Telegram.

Selain itu, Kakitangan Am Ukraine mengesahkan serangan Russia itu melibatkan penggunaan 39 UAV jenis Shahed-136/131.

“Pasukan tentera Ukraine berjaya memusnahkan 31 daripada dron Shahed itu,” jelasnya.

Sejak Julai lalu, apabila Moscow menarik diri daripada perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan penghantaran bijirin melalui Laut Hitam, Russia meningkatkan serangan terhadap infrastruktur pengeksport bijirin Ukraine di wilayah Odesa dan Mykolaiv selatan.

Sementara itu, Gabenor wilayah Dnipropetrovsk, Sergiy Lysak berkata, tentera Russia melancarkan kira-kira 20 projektil ke daerah Nikopol semalaman.

Namun, katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya