Hampir sejuta janji temu hospital batal akibat mogok?

Hampir sejuta janji temu hospital batal akibat mogok?

PAKAR perunding perubatan mengadakan piket di luar Hospital Universiti Kolej di London pada minggu lalu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rakyat Britain bakal berdepan kesukaran apabila dijangka hampir sejuta janji temu doktor, pembedahan dan prosedur hospital dibatalkan ekoran mogok kakitangan perubatan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Amaran itu dibuat oleh ketua NHS menjelang mogok 48 jam yang akan diadakan oleh pegawai perubatan kanan.   

Lapor Daily Mail, sebanyak 45,827 janji temu hospital di England terpaksa dijadualkan semula berikutan mogok dua hari diadakan oleh pakar perunding Persatuan Perubatan Britain (BMA) pada minggu lalu.

Berdasarkan data dari NHS England, sejumlah 1,302 lagi janji temu dalam bidang kesihatan mental, ketidakupayaan pembelajaran dan komuniti dijangka akan terbatal.

Ini bermakna sebanyak 885,154 janji temu hospital ditangguhkan sejak mogok kakitangan NHS bermula pada Disember tahun lalu.

Mogok kakitangan NHS itu melibatkan kakitangan perubatan termasuk doktor, jururawat, ahli fisioterapi dan paramedik. 

Sekiranya data dari bidang kesihatan mental dan komuniti digabungkan, maka jumlah itu meningkat kepada lebih 940,000.

Bagaimanapun, angka itu dikatakan mungkin tidak menggambarkan jumlah keseluruhan pembatalan janji temu yang sebenar disebabkan wujudnya masalah salinan data.

Malah, bukan semua jabatan NHS tampil mengemukakan bilangan janji temu hospital yang terbatal, ini bermakna jumlah itu dijangka jauh lebih tinggi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Gabungan NHS, Matthew Taylor berkata, mogok terbaharu dilancarkan itu menyaksikan sebanyak 47,129 pembedahan dan janji temu doktor dibatalkan.

“Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan janji temu hospital yang terbatal sepanjang tempoh sembilan bulan lalu akibat mogok semakin menghampiri sejuta. Oleh itu, tindakan itu perlu dihentikan segera,” katanya.

Mogok terbaharu itu dilancarkan pakar perunding dan pegawai perubatan kanan NHS yang memperoleh gaji purata 134,000 pound (RM790,841) di England dan boleh bersara pada usia 65 tahun dengan pencen 78,000 pound (RM460,340) setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya