Didenda RM54 setiap kali tidak hadir temu janji hospital

Didenda RM54 setiap kali tidak hadir temu janji hospital

RISHI SUNAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pesaing utama calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak bercadang untuk mengenakan ‘denda’ kepada pesakit yang gagal mematuhi janji temu ke hospital.

Lapor Mirror, Sunak berkata, cadangannya adalah untuk mengenakan bayaran sebanyak 10 pound (RM54.28) kepada pesakit yang terlepas janji temu ‘kali kedua atau seterusnya’ selepas melakukan kesalahan pertama.

Jelas bekas menteri kewangan itu, langkah tersebut membolehkan lebih banyak wang diperoleh berbanding yang dibelanjakan untuk mengatasi masalah ketidakhadiran pesakit.

Sunak mendedahkan rancangan itu dalam satu wawancara bersama Sunday Telegraph dengan menegaskan satu dalam 20 janji temu hospital tidak dihadiri pesakit iaitu bersamaan 15 juta setahun.

Daripada jumlah itu, kempen Sunak memaklumkan sebanyak 7.2 juta membabitkan pengamal perubatan am (GP) dan selebihnya kakitangan pembedahan GP lain seperti jururawat dan ahli terapi.

Jelas kempen Sunak, hampir lapan juta janji temu pesakit luar juga terlepas pada 2019 dan 2020.

Menurut beliau, denda tersebut akan dibenarkan di sisi undang-undang menerusi pindaan kepada Akta Perkhidmatan Kesihatan Negara 2006.

Pemimpin Tory itu berusaha mendahului pesaingnya, Liz Truss dengan berjanji untuk menangani isu ‘pembaziran’ sekiranya dipilih menjadi Perdana Menteri Britain.

Kempen Sunak memaklumkan `pembaziran’ itu dianggarkan menelan belanja sebanyak 216 juta pound (RM1.17 bilion) setahun kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dianggap cukup untuk membayar gaji 2,325 pengamal perubatan.

Sementara itu, petugas perubatan menolak cadangan Sunak untuk mengenakan denda kepada pesakit yang gagal menghadiri janji temu hospital.

Malah, Konfederasi NHS yang mewakili pengurusan hospital di England, Wales dan Ireland Utara turut mengecam rancangan tersebut.

Pengarah dasar Konfederasi NHS, Dr. Nayla McCay berkata, beban pentadbiran itu akan memberi risiko besar kepada NHS.

McCay turut memberi amaran rancangan itu tidak akan menyelesaikan `masalah asas dan jangka panjang’ yang dihadapi NHS termasuk 105,000 kekosongan kakitangan dan kesan inflasi yang melambung tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya