England dakwa dapat elak 100,000 kematian akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

England dakwa dapat elak 100,000 kematian akibat Covid-19

SEORANG pejalan kaki melintasi Masjid e Saliheen yang dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin di Blackburn, barat laut England. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan di seluruh England dilaporkan berjaya mengelakkan hampir 100,000 kematian dan lebih 23 juta kes akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Jabatan Kesihatan Umum England, pemberian dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan AstraZeneca di negara ini dapat mengelakkan antara 91,700 dan 98,700 kes kematian.

Anggaran sebelum ini meletakkan angka itu sebanyak 81,300 dan 87,800 kematian.

Angka tersebut juga menunjukkan program vaksinasi berjaya mengelakkan lebih 82,100 kemasukan ke hospital akibat Covid-19, meningkat dari jangkaan sebelum ini iaitu lebih 66,900.

Kesemua data statistik tersebut secara tidak langsung menunjukkan program vaksinasi Covid-19 di England berjalan dengan lancar, selain penerimaan rakyat yang positif.

 

Ada antibodi Covid-19

Dalam pada itu, lebih 93 peratus penduduk dewasa di England, Scotland dan Wales dilaporkan sudah mempunyai antibodi Covid-19.

Jumlah itu sedikit rendah di bahagian Ireland Utara iaitu 89.1 peratus penduduk dewasanya mempunyai antibodi Covid-19, sama ada menerusi jangkitan mahupun suntikan vaksin.

Data yang diperoleh dari Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menunjukkan sembilan dalam setiap 10 penduduk dewasa kini positif mempunyai antibodi Covid-19.

Di England, statistik tersebut adalah 94.2 peratus, berbanding 93.5 peratus di Scotland dan 93.2 peratus di Wales.

ONS menerusi satu buletin menyatakan, mempunyai antibodi Covid-19 boleh membantu seseorang daripada mendapat jangkitan yang sama sekali lagi atau mereka boleh dijangkiti, namun tidak mempunyai gejala serius.

“Selepas dijangkiti Covid-19 atau menerima vaksin, antibodi akan kekal dalam darah pada tahap rendah dan boleh merosot mengikut tempoh tertentu.

“Namun, tidak diketahui berapa lama antibodi yang dikesan pada tahap rendah boleh bertahan dalam badan,” jelas buletin tersebut.

Statistik yang diperoleh ONS adalah berdasarkan ujian darah yang dilakukan secara rawak kepada individu terpilih berusia atas 16 tahun di empat negara dalam United Kingdom (UK).

 

Tangguh beri suntikan penggalak

Kempen pemberian suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk golongan penduduk berusia atas 50 tahun berkemungkinan tidak dapat dimulakan pada awal bulan depan.

Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata, golongan berisiko tetap akan dapat suntikan dos penggalak, namun beliau tidak dapat pastikan bila tarikh sebenar program itu akan dijalankan.

Terdahulu, kerajaan bercadang untuk memberikan dos penggalak kepada 32 penduduk yang berisiko bermula 6 September ini.

“Saya tidak dapat maklumkan kepada anda bilakah tarikh sebenar untuk memulakan program suntikan dos penggalak kerana kita masih perlu mendapatkan pandangan serta nasihat daripada kumpulan pakar,” kata Javid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya