Enam maut tembakan rambang di England - Utusan Malaysia

Enam maut tembakan rambang di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekurang-kurangnya enam orang maut termasuk suspek dalam satu insiden tembakan rambang di bandar Plymouth di tenggara England semalam.

Polis Cornwall dan Devon pada mulanya mengisytiharkan ‘insiden kritikal’ di kawasan Keyham di Plymouth, namun kini keadaan dilaporkan stabil.

Ahli politik tempatan, Johnny Mercer menyatakan insiden tembakan itu tidak berkaitan dengan kegiatan pengganas.

Dalam pada itu, pasukan polis dan ambulans dikerah ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan terdapat kes kematian di lokasi kejadian dan sejumlah orang turut cedera akibat insiden yang berlaku.

“Kawasan itu kini sudah dikawal polis dan dinasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi gambar di media sosial,” jelas kenyataan polis.

Beberapa penduduk tempatan memaklumkan, mereka terdengar bunyi tembakan yang kuat sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

Seorang saksi memberitahu, suspek menendang pintu rumah penduduk dan melepaskan tembakan secara tiba-tiba.

Sementara itu, polis tembakan masih belum dikenal pasti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya