Suspek kes bunuh wanita Malaysia ditahan - Utusan Malaysia

Suspek kes bunuh wanita Malaysia ditahan

MEE Kuen Chong dilaporkan hilang dari rumah sebelum mayatnya ditemukan di resort percutian di Devon, England. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis Britain menahan seorang suspek selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang wanita yang berasal dari Malaysia.

Lapor The Sun, suspek merupakan seorang wanita berusia 36 tahun dari Kilburn, London kini dalam tahanan polis untuk membantu siasatan bagi kes pembunuhan Mee Kuen Chong yang ditemukan mati tanpa kepala di pinggir bandar Devon pada bulan lalu.

Kuen Chong, 67, dilaporkan hilang dari rumahnya di Wembley pada 11 Jun lalu, iaitu dua minggu sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 354 kilometer di sebuah resort percutian di Devon.

Pada awalnya, kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai ‘tidak dapat dijelaskan’, tetapi polis semalam mengesahkan siasatan diteruskan kerana didapati ada unsur pembunuhan.

Siasatan juga mengesahkan Kuen Chong berasal dari Malaysia dan sudah menetap di Wembley lebih 30 tahun.

Selain itu, hasil bedah siasat yang dilakukan sebelum ini gagal menemukan penyebab jelas punca kematian wanita itu.

Ketua detektif Scotland Yard, Jim Eastwood berkata, polis akan menyiasat segala kemungkinan yang berkaitan dengan kematian Kuen Chong.

“Jika ada mana-mana pihak pernah bertemu atau melihat mangsa antara 19 hingga 27 Jun lalu, anda boleh tampil untuk memberi maklumat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya