MOSCOW: Sebuah pesawat yang membawa 28 penumpang terhempas ke dalam laut di bandar Kamchatka ketika cuba mendarat.
Lapor Reuters yang memetik agensi berita RIA menyatakan, pesawat Antonov An-26 itu dalam perjalanan dari Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana yang terletak di utara Kamchatka.
Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan dan gagal mendarat seperti yang dijadualkan.
Sehubungan itu, beberapa kapal dikerah ke lokasi kejadian dan jumlah korban belum dikenal pasti
Pesawat itu membawa 22 penumpang dan enam anak kapal.