Seluruh Britain 'bengang' dengan Matt Hancock - Utusan Malaysia

Seluruh Britain ‘bengang’ dengan Matt Hancock

MATT HANCOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keputusan Matt Hancock meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan Britain nampaknya tidak melenyapkan ‘kemarahan’ penduduk negara ini terhadap perbuatan serta sikapnya.

Selain berdepan dengan insiden memalukan melibatkan beliau dengan pembantunya, Hancock turut dikecam hebat kerana melanggar peraturan Covid-19.

Kebanyakan penduduk mempersoalkan tentang kredibiliti Hancock sebagai individu yang ‘paling dipertanggungjawabkan’ untuk menangani krisis Covid-19 di negara ini.

Hancock sebelum ini melarang masyarakat mengunjungi ahli keluarga mereka ketika perintah berkurung dilaksanakan, sehingga ada yang terpaksa menyaksikan pemergian insan tersayang hanya menerusi skrin telefon.

Hancock menegaskan menjaga penjarakan sosial amat penting untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ketika United Kingdom (UK) terus bergelut dengan koronavirus.

Antara yang lantang mengutuk tindakan Hancock termasuk penyampai televisyen terkenal Britain, Piers Morgan yang menyindirnya menerusi Twitter.

Morgan menerusi Twitternya memuat naik gambar Ratu Britain, Ratu Elizabeth yang duduk berseorangan ketika menghadiri upacara pengebumian suaminya, Putera Philip dengan imej Hancock bercium dengan pembantunya.

Morgan turut meletak kapsyen bertulis ‘Ini adalah sebab paling tepat kenapa Hancock merosakkan semuanya’.

Selain itu, Hancock juga berdepan dengan kritikan selepas membuat keputusan untuk meninggalkan isterinya, Martha yang sudah dikahwini selama 15 tahun.

Menurut sumber, Hancock memberitahu seorang daripada tiga anaknya bahawa beliau akan bercerai dengan ibu mereka.

Keputusan itu secara tidak langsung menjadikan Hancock sebagai ‘lelaki paling tak guna di Britain’.

Kisah kecurangan Hancock dengan pembantunya, Gina Coladangelo terbongkar selepas gambar mereka berpelukan dan bercium didedahkan sebuah akhbar, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya