BERLIN: Pandemik Covid-19 didakwa memburukkan kegiatan rasuah di seluruh Kesatuan Eropah (EU), terutamanya dalam sektor kesihatan.
Kumpulan pemantau anti rasuah, Tranparency International melakukan kaji selidik terhadap lebih 40,000 responden di 27 negara dalam EU antara Oktober hingga Disember 2020.
Secara purata, agensi itu mendapati 29 peratus responden bergantung kepada rakan-rakan dan keluarga yang mempunyai akses perkhidmatan kesihatan awam untuk mendapatkan kemudahan.
Enam peratus responden pula memilih untuk memberi rasuah bagi mendapatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan.
“Sektor penjagaan kesihatan sudah menjadi ‘titik panas’ kegiatan rasuah ketika kerajaan bertungkus-lumus mengawal pandemik Covid-19,” jelas agensi tersebut dalam laporan tahunannya.
Kadar rasuah dalam sektor kesihatan paling tinggi direkodkan di Romania iaitu 22 peratus, Bulgaria (19 peratus), manakala bergantung kepada akses keluarga serta rakan direkodkan tertinggi di Republik Czech (54 peratus) dan Portugal (46 peratus).
Kebanyakan responden juga berpandangan kerajaan tidak menguruskan pandemik Covid-19 secara telus.
Di Perancis, Poland dan Sepanyol, sebanyak 60 peratus repsonden berpendapata sedemikian. – AFP