LONDON: Hampir sedekad selepas sebuah blok kediaman diruntuhkan di Hull, sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah ada entiti paranormal duduk di hujung balkoni ketika bangunan itu roboh terus menjadi tanda tanya.
Blok Menara Milldane merupakan satu daripada dua bangunan di Taman Estet Orchard yang diruntuhkan pada 11 Ogos 2003 bagi memberi laluan kepada projek pembangunan di kawasan berkenaan.
Ketika blok itu diruntuhkan, seorang pemerhati sempat merakam gambar menunjukkan entiti paranormal di tingkat 18 menara tersebut.
Gambar itu terus menjadi bahan perdebatan pelbagai pihak sehingga kini yang kebanyakannya mempersoalkan jika blok berkenaan berhantu.
Entiti itu dilihat seperti tergantung di hujung balkoni dan orang ramai menyifatkannya seperti ‘hantu rangka’. – AGENSI