Jumlah kes Covid-19 di Perancis menurun - Utusan Malaysia

Jumlah kes Covid-19 di Perancis menurun

Pegawai perubatan tetap sedia bertugas bagi memastikan hospital beroperasi seperti biasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis semalam melaporkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dan jumlah pesakit yang dirawat di hospital ketika negara ini meneruskan program vaksinasi.

Lapor Reuters, negara ini merekodkan 20,586 kes jangkitan Covid-19 iaitu menurun daripada 22,139 kes pada hari sebelumnya dan menurun selama tiga hari berturut-turut.

Kebanyakan hospital merawat 27,369 pesakit Covid-19 iaitu berkurangan sebanyak 245 orang pada hari sebelumnya.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi juga menurun 20 kes kepada 3,225 berbanding sebelumnya.

Dalam pada itu, jumlah penduduk di Perancis yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 kini adalah seramai 1.86 juta dengan 247,260 turut menerima dos kedua.

Kementerian Kesihatan Perancis memaklumkan negara ini sudah menerima vaksin keluaran AstraZeneca sebanyak 273,600 dos, manakala bekalan vaksin yang seterusnya iaitu 304,800 dos dijangka dihantar ke negara ini pada minggu depan. 

AstraZeneca merupakan vaksin Covid-19 ketiga yang digunakan oleh Perancis selepas Pfizer-BioNtech dan Moderna.

Sementara itu, kementerian kesihatan juga merekodkan sebanyak 191 kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 78,794.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya