LOS ANGELES: Seorang bapa ditahan selepas dua anaknya ditemukan dalam keadaan dipenggal di bahagian kepala di rumahnya di California.
Lapor Mirror, pasukan bomba dari Los Angeles bergegas ke Century Circle, Lancaster selepas menerima laporan gas bocor di sebuah kediaman.
Sejurus tiba, mereka menjumpai mayat kanak-kanak lelaki 12 tahun dan remaja perempuan berusia 13 tahun.
Pasukan penyiasat berkata, kanak-kanak itu menderita akibat luka tikaman apabila mayat mereka ditemukan,.
Datuk Bandar Lancaster, R. Rex Parris mengesahkan kedua-dua mangsa dipenggal.
“Perbuatan itu sangat kejam,” katanya.
Ayah mangsa yang merupakan jurulatih peribadi, Maurice Taylor Sr. ditangkap Jumaat lalu dan dikenakan bon jaminan sebanyak AS$2 juta (RM10 juta).
Leftenan Brandin Dean berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan di bilik berlainan dalam rumah tersebut.
Katanya, pihaknya belum dapat memastikan berapa lama mayat itu mati tetapi menjelaskan kematian itu tiada kaitan dengan kebocoran gas.
Menurutnya, kedua-dua ibu bapa itu berada di rumah semasa pasukan kecemasan tiba.
Ibu mangsa disoal siasat namun tiada tangkapan dilakukan.