BEIJING: Sebuah mahkamah di utara China menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua remaja lelaki atas kesalahan membunuh rakan sekelas mereka menggunakan cangkul, satu kes yang mencetuskan perdebatan hangat mengenai jenayah juvana di negara itu, lapor media tempatan. Dalam keputusan yang diumumkan semalam, mahkamah di bandar Handan, wilayah Hebei, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang suspek yang dikenali sebagai Zhang, manakala rakannya, Li, dihukum penjara selama 12 tahun atas kesalahan membunuh dengan niat. Menurut laporan stesen penyiaran CCTV, mahkamah menyifatkan kaedah pembunuhan tersebut sebagai sangat kejam dan insiden tersebut sebagai amat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya