Taman tema ais dan salji China cipta rekod dunia

Taman tema ais dan salji China cipta rekod dunia

HARBIN Ice Snow World di Harbin, wilayah Heilongjiang, utara China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Taman tema Harbin Ice Snow World di China menempa nama dalam Rekod Dunia Guinness sebagai taman tema ais dan salji sementara yang terbesar di dunia.   

Harbin Ice Snow World merupakan taman tema bermusim terkenal yang dibuka pada setiap musim sejuk di negara itu.

Lapor UPI News, taman tema itu menjadi tarikan tahunan di Harbin, Heilongjiang sejak tahun 1999.

“Versi taman tema ais dan salji tahun ini menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

“Ini kerana ia melitupi kawasan seluas kira-kira 816,682 meter persegi sekali gus menjadikannya taman tema ais dan salji sementara terbesar dunia,” jelas laporan.

Dilaporkan, taman tema Harbin Ice Snow World dibuka sepanjang tempoh berlangsungnya Festival Ais dan Salji Harbin.

Taman tema itu mempunyai lebih 2,000 arca ais dan salji.

Malah, sebuah pasukan dianggotai lebih 10,000 pembina mengambil masa lebih sebulan untuk menyiapkan kerja-kerja arca ais dan salji itu.

Dalam satu majlis, pihak Rekod Dunia Guinness menyampaikan sijil pengiktirafan kepada pegawai di Forum Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China 2024 di Harbin. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya