Gara-gara bancuh teh terlalu lama, lelaki penggal kepala isteri

Gara-gara bancuh teh terlalu lama, lelaki penggal kepala isteri

DHARAMVEER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di India didakwa memenggal kepala isterinya hanya kerana wanita itu mengambil masa terlalu lama untuk  membancuh secawan teh kepada suaminya.

Lapor Daily Mail, polis berkata, suspek dikenali sebagai Dharamveer, 52, membunuh isterinya, Sundari menggunakan pedang di rumahnya yang terletak di kampung Faljagadh berhampiran ibu kota Delhi di Uttar Pradesh.

Berdasarkan laporan media India, suspek turut menikam Sundari sebanyak 15 kali dengan pedang sebelum memenggal kepala wanita itu kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyediakan minumannya.

Menurut ketua polis tempatan, ketika kejadian, si suami bangun dari tidur beberapa minit selepas isterinya dan segera menanyakan minuman tehnya.

Jelasnya, Sundari ketika itu sudah mula menyediakan teh untuk suaminya.

“Dharamveer berasa berang selepas diberitahu ia akan mengambil masa 10 minit lagi.

“Suspek bergegas untuk mendapatkan senjata yang kemudiannya didakwa digunakan untuk menyerang isterinya ketika berada di dapur,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, Soldier mendakwa dia terdengar suara jeritan kuat lalu bergegas ke dapur dan terkejut melihat ibunya terbaring atas lantai dengan kesan berlumuran darah.

Suspek juga didakwa menyerang Soldier dan anak-anak lain ketika mereka cuba membantu Sundari.

Penduduk kampung yang terdengar jeritan kuat itu turut bergegas ke rumah pasangan itu dan menemukan mangsa mati terbaring dalam keadaan berlumuran darah. 

Polis menerima panggilan kecemasan dan sampai di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat dan Dharamveer ditahan untuk disiasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya