3,000 penduduk Taiwan dipindahkan, siap sedia hadapi Taufan Haikui - Utusan Malaysia

3,000 penduduk Taiwan dipindahkan, siap sedia hadapi Taufan Haikui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Ratusan penerbangan domestik terpaksa dibatalkan dan lebih 3,000 penduduk dipindahkan ketika ketika Taiwan bersiap sedia dengan ketibaan Taufan Haikui pada yang dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang ke selatan dan timur pulau itu.

Taufan Haikui yang sudah membawa hujan lebat menjelang pagi ini diramalkan mendarat menjelang 5 petang di Taitung, sebuah daerah pergunungan di timur Taiwan yang kurang penduduknya.

Taufan itu membawa kelajuan angin yang berterusan kira-kira 154 kilometer sejam, menyebabkan perniagaan di bahagian selatan dan timur pulau itu ditutup sepanjang hari ini.

“Taufan Haikui dijangka menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan kawasan di Taiwan dengan angin, hujan dan ombak.

“Taufan ini sudah mengumpulkan sedikit kekuatan sejak semalam. Ribut akan bergerak ke barat Selat Taiwan menjelang Isnin. Orang ramai digesa untuk berjaga-jaga,” kata Timbalan Pengarah Biro Cuaca, Fong Chin-tzu.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memberitahu mesyuarat pegawai pengurusan bencana, taufan berkenaan merupakan yang pertama mendarat di pulau itu dan merentasi banjaran gunung tengahnya dalam tempoh empat tahun.

“Orang ramai harus mengelak daripada keluar rumah dan tidak mendaki gunung, ke pantai, memancing atau terlibat dalam sukan air, ” kata Ing-wen dalam satu kenyataan.

Pasukan tentera dilaporkan sudah menggerakkan anggota dan peralatan seperti kenderaan amfibia dan bot di sekitar bahagian di Taiwan yang dijangka bakal terjejas teruk.-AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya