Harga beras naik berisiko cetus inflasi di Asia

Harga beras naik berisiko cetus inflasi di Asia

SEORANG lelaki sedang menyiapkan pembungkusan beras di Jakarta, Indonesia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang kenaikan harga beras yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun boleh mencetuskan lonjakan inflasi makanan di seluruh Asia.

Kenaikan harga itu berikutan larangan eksport India sejak bulan lalu dan ancaman cuaca buruk akibat El Nino yang merosakkan pengeluaran beras.

“Harga beras global sangat membimbangkan.

“Apa yang jelas, turun naik harga makanan akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang,” kata Pengarah Kanan Asian Development Bank, Qingfeng Zhang dipetik CNN Indonesia.

Zhang menjelaskan, inflasi makanan di Asia secara relatifnya terkawal tahun ini sebelum India mengenakan larangan eksport tersebut.

Katanya, beras merupakan bekalan makanan utama yang memberi impak paling besar terhadap inflasi di Asia.

“Bukan sahaja beras, komoditi makanan lain dikhuatiri turut meningkat berikutan iklim melampau akibat pemanasan global atau El Nino. Jika ini berlaku, maka lonjakan inflasi tidak dapat dielakkan,” katanya.

Zhang berkata, fenomena El Nino yang muncul semula selepas tujuh tahun menambah kebimbangan, terutamanya apabila Russia menarik diri daripada inisiatif bijirin Laut Hitam dan  perlindungan dasar makanan dalam bentuk sekatan perdagangan.

“El Nino dikhuatiri akan mengulangi krisis makanan sepanjang 2010 hingga 2012. Ketika itu, Bank Pembangunan Asia meramalkan kenaikan harga makanan antarabangsa sehingga 30 peratus pada 2011,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya