Jualan kenderaan elektrik meningkat di Thailand - Utusan Malaysia

Jualan kenderaan elektrik meningkat di Thailand

PENGUNJUNG melihat model kenderaan elektrik dari MG Motor di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok. - ARAB NEWS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kenaikan harga bahan api di Thailand menyaksikan peningkatan jualan dalam kenderaan elektrik (EV) di negara itu.   

Lapor Arab News, pihak penganjur Pameran Motor Antarabangsa Bangkok mendedahkan perkara itu sebelum mengakhiri acara itu semalam.

Ketua Pegawai Operasi Grand Prix International, Anothai Eamlumnao berkata, lebih sejuta orang mengunjungi pameran berkenaan.

Katanya, terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempahan EV di pameran tersebut berbanding tahun lalu.

Jelasnya, ramai penduduk Thailand kini beralih kepada EV berikutan perubahan global dan kenaikan harga bahan api.

“Secara keseluruhannya, EV adalah trend yang agak besar. Sebelum pameran motor dianjurkan, kerajaan mengumumkan beberapa langkah untuk mengurangkan cukai bagi kenderaan elektrik mampu milik.

“Harga petrol semakin mahal dan trend global kini berubah kepada kenderaan elektrik,” katanya.

Kerajaan Thailand mula mengumumkan subsidi untuk beberapa EV pada awal tahun ini.

Langkah itu dibuat ketika penduduk Thailand berdepan harga bahan api yang melambung tinggi, dengan kerajaan melindungi golongan berpendapatan rendah dengan membekukan harga runcit diesel pada 22 Mac lalu. 

Sementara itu, Eamlumnao berkata, pameran itu dijangka menyumbang kira-kira AS$448 juta (RM1.86 bilion) dalam perbelanjaan keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya