Hong Kong pendekkan tempoh kuarantin Covid-19 - Utusan Malaysia

Hong Kong pendekkan tempoh kuarantin Covid-19

PENDUDUK beratur di luar sebuah pusat vaksinasi untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di daerah Kowloon, Hong Kong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong hari ini memaklumkan tempoh kuarantin untuk pengunjung yang tiba ke wilayah ini akan dipendekkan daripada 14 hari kepada tujuh hari.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata, langkah terbaharu itu hanya untuk pengunjung yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan dijangka berkuat kuasa pada hujung bulan ini.

Langkah mengurangkan tempoh kuarantin itu dibuat ketika wilayah separa autonomi ini bertungkus-lumus mempercepatkan program vaksinasinya.

Sehingga kini, hanya 17 peratus daripada 7.5 juta penduduk Hong Kong sudah menerima dos suntikan lengkap vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi dimulakan Februari lalu.

Bagi pengunjung yang tergolong dalam risiko tinggi tetap akan menjalani kuarantin selama 21 hari di tempat yang disediakan.

Selain itu, peraturan penjarakan sosial dan jumlah pelanggan boleh makan di kedai juga akan dilonggarkan untuk penduduk yang sudah divaksin pada 24 Jun ini. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya