UTTAR PRADESH: Seorang lelaki sempat menyelamatkan seorang bayi yang diletakkan dalam sebuah kotak kayu dan dihanyutkan ke Sungai Ganges semalam.
Gullu Chaundhary berkata, dia terdengar bunyi tangisan bayi berusia 21 hari itu dan menemukannya dibungkus dengan kain berwarna merah di dalam kotak kayu.
Kemudian, Chaundhary menghubungi polis dan bayi perempuan tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan.
Keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil dan polis akan menyiasat kes tersebut.
Polis tidak menolak kemungkina bayi itu dibuang memandangkan anak perempuan sering dianggap sebagai ‘beban’ dan ‘tidak layak untuk hidup’.
Sementara itu, kerajaan Uttar Pradesh memberi jaminan akan menanggung kos penjagaan bayi tersebut dan Chaundhary akan diberi ganjaran termasuk rumah kerana mennyelamatkan bayi terbabit. – AGENSI