Tangkap sesiapa tak pakai pelitup muka dengan betul - Duterte - Utusan Malaysia

Tangkap sesiapa tak pakai pelitup muka dengan betul – Duterte

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pasukan polis di negara ini menahan sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul atau meletakkannya di bawah hidung.

Duterte mengeluarkan arahan tersebut selepas mengadakan mesyuarat dengan pasukan pencegahan Covid-19 Filipina.

Ribuan penduduk dikenakan hukuman kerana mengingkari protokol Covid-19 sejak penghujung Mac lalu apabila sekatan dan peraturan diperketatkan susulan peningkatan kes jangkitan mendadak.

Ketua Polis Filipina dan Setiausaha Kehakiman sebelum ini menggesa anggota keselamatan supaya mengenakan denda atau hukuman komuniti kepada pesalah berbanding ditangkap.

Hal ini kerana pihak berkuasa Filipina bimbang insiden yang menyaksikan seorang lelaki maut selepas dihukum melakukan ‘squat’ berulang.

Namun, cadangan itu ditolak Duterte yang menegaskan polis perlu mengenakan hukuman lebih tegas kepada penduduk yang degil dan menahan sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.

“Arahan saya kepada polis adalah untuk tangkap mereka yang tidak pakai pelitup muka secara betul, siasat kenapa mereka degil dan ingkar arahan.

“Tindakan itu bukan untuk saya, tapi untuk kita semua supaya pandemik Covid-19 dapat dikawal,” katanya.

Pada tahun lalu, Duterte pernah mengarahkan pasukan keselamatan supaya menembak mati sesiapa sahaja yang didapati sengaja mencetuskan kekecohan di kawasan yang dikenakan perintah berkurung.

Namun, arahan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia. – AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya