Kumpul 20,000 mainan restoran makanan segera - Utusan Malaysia

Kumpul 20,000 mainan restoran makanan segera

PERCIVAL LUGUE berbaring bersama koleksi permainan dari pelbagai restoran makanan segera yang dikumpulnya sejak kecil. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang artis grafik dari Filipina memegang Rekod Dunia Guinness kerana menyimpan koleksi permainan dari pelbagai rangkaian restoran makanan segera paling banyak di dunia. 

Lapor Oddity Central, Percival Lugue, 50, mengumpulkan koleksi permainan itu sejak berusia lima tahun. 

Lugue memegang rekod itu sejak 2014 apabila mengumpulkan 10,000 koleksi permainan itu sama ada membelinya sendiri ataupun mendapatkan daripada kenalan serta ahli keluarganya. 

Namun, rekod itu sudah dipecahkannya sendiri apabila kini mengumpulkan sebanyak 20,000 koleksi pelbagai jenis permainan dan anak patung. 

“Permainan itu mempunyai jalan ceritanya sendiri. Sebagai contoh, saya akan terkenang tarikh dan masa mendapatkan koleksi itu, apa cerita yang berlaku dan apakah insiden semasa mendapatkannya,” katanya. 

Lelaki itu sanggup membina rumah tiga tingkat di Apalit, Pampanga khusus bagi menyimpan koleksi permainan tersebut. 

Dia malah berhasrat suatu hari nanti dapat meletakkan koleksi untuk ditayangkan kepada orang ramai atau membuka muzium kecil sekali gus memberikan peluang kepada orang ramai mengenang semula memori zaman kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya