150 dikhuatiri maut, glasier pecah di India - Utusan Malaysia

150 dikhuatiri maut, glasier pecah di India

ANGGOTA keselamatan bersiap sedia melakukan operasi mencari serta menyelamat di Srinagar, negeri Uttarakhand, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebahagian daripada glasier di pergunungan Himalaya pecah dan hanyut ke dalam sungai sehingga menyebabkan air keluar melimpah ke jalan dan jambatan di negeri Uttarakhand.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 150 pekerja loji jana kuasa berhampiran lokasi kejadian dikhuatiri dihanyutkan air sungai susulan insiden tersebut.

Namun, pihak berkuasa masih belum melaporkan keadaan terkini berhubung insiden itu.

Sementara itu, pasukan keselamatan bertungkus-lumus memindahkan penduduk kampung yang terjejas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya