Thailand digesa tarik balik sekatan bas Malaysia masuk wilayah selatan

Thailand digesa tarik balik sekatan bas Malaysia masuk wilayah selatan

PERSATUAN Pelancongan Phatthalung meminta perintah yang menyekat akses bas pelancongan dari Malaysia ke wilayah selatan Songkhla, dimansuhkan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Persatuan Pelancongan Phatthalung menggesa kerajaan Thailand menarik balik sekatan yang menghalang bas pelancongan Malaysia daripada memasuki wilayah selatan negara itu.

Lapor thethaiger.com, menurut persatuan itu, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi menggiatkan semula pelancongan tempatan yang ketika ini merudum disebabkan sekatan berkenaan.

Presiden Persatuan Phatthalung, Jarun Kaewjeesub berkata, pihaknya akan menghantar surat berasingan kepada Perdana Menteri, Srettha Thavisin dan Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsupakitkosol semasa lawatan pemeriksaan kedua pemimpin itu ke wilayah selatan.

Surat bakal dikemukakan itu juga tertumpu mengenai permintaan kepada perdana menteri untuk mempertimbangkan pemansuhan perintah yang menyekat akses bas pelancongan dari Malaysia ke wilayah selatan Songkhla.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) pada 18 Julai 2014.

Perintah itu menetapkan mana-mana pengusaha bas asing yang mahu melawat kawasan di luar wilayah itu harus menyerahkan butiran penumpang dan kenderaan kepada Pejabat Pengangkutan Darat Songkhla terlebih dahulu sebelum perjalanan.

Malah, perintah itu membenarkan bas asing memasuki Songkhla hanya jika kenderaan tersebut membawa pelancong.

Bas pelancongan yang tidak membawa penumpang dilarang menyeberangi sempadan ke Thailand.

Berdasarkan surat itu, perintah tersebut memberi kesan negatif kepada pelancongan tempatan di kawasan selatan.

“Ketidakupayaan bas pelancong Malaysia untuk bebas bergerak ke wilayah bersebelahan dengan Songkhla termasuk Phatthalung, Nakhon Si Thammarat, Trang, Satun, Phuket, Krabi, Phangnga dan Surat Thani menyebabkan kemerosotan teruk dalam bilangan pelancong,” menurut surat itu.

Sementara itu, Jarun berkata, sejak tahun 2014, ketibaan pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia berkurangan secara ketara.

“Ia mengakibatkan rantau ini kerugian ratusan juta baht setiap tahun,” katanya.

Selain itu, persatuan pelancongan itu juga meminta Jabatan Imigresen membekalkan lebih banyak borang imigresen TM6 kepada kumpulan pelancong.

Ketika ini, setiap kumpulan pelancong hanya diperuntukkan kira-kira sembilan hingga 10 borang dan tidak mencukupi kerana satu kumpulan biasanya terdiri daripada lebih 100 pelancong,” jelas persatuan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya