Doktor Indonesia di luar negara diminta pulang berkhidmat di tanah air

Doktor Indonesia di luar negara diminta pulang berkhidmat di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menggesa semua pakar perubatan negara ini yang mencari rezeki di luar negara supaya pulang berkhidmat di tanah air sendiri.

Jurucakap kementerian itu, Mohammad Syahril berkata, menerusi Rang Undang-Undang Kesihatan yang baru sahaja disahkan pada minggu lalu akan memudahkan para doktor pulang ke tanah air.

Katanya, ramai rakyat Indonesia yang melanjutkan pengajian perubatan di luar negara sukar untuk mempraktikan kerjaya di negara sendiri.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kurangnya peralatan canggih untuk perubatan.

“Undang-undang baharu itu membuka jalan kepada semua doktor rakyat Indonesia yang bekerja di luar negara untuk pulang berkhidmat di tanah air sendiri.

“Kita amat memerlukan khidmat anda semua, pulanglah ke negara sendiri, masyarakat juga perlukan anda,” katanya.

Selain itu Syahril juga memaklumkan, kerajaan berusaha melakukan transformasi dalam sistem kesihatan.

Antaranya dengan mewujudkan lebih banyak doktor pakar, seiring dengan keperluan masyarakat dan negara.

“Memang diakui, di Indonesia ketika ini, kita kekurangan doktor pakar.

“Nisbah doktor pakar di negara ini hanya 0.12 per 1,000 penduduk, lebih rendah berbanding nisbah Asia Tenggara iaitu 0.20 per 1,000 penduduk.

“Nibash kita itu juga terlalu jauh dengan nisbah yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 1.0 per 1,000 penduduk,” ujarnya.

Sehubungan itu, Syahril meminta semua pakar perubatan rakyat negara ini supaya pulang segera ke Indonesia bagi mewujudkan sistem kesihatan yang lebih mapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya