Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

SEJUMLAH penduduk berlindung di pusat pemindahan sementara di Cianjur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIANJUR: Sejumlah penduduk yang terjejas akibat gempa bumi di Desa Gasol, Cianjur kini boleh tersenyum apabila mereka diberikan kemudahan televisyen di pusat pemindahan sementara bagi mengisi masa lapang.

Gempa bumi yang berlaku pada minggu lalu menyaksikan banyak rumah musnah dan runtuh, termasuk harta benda milik penduduk menyebabkan mereka tinggal ‘sehelai sepinggang’.

Bagi Ejot, 40, kemudahan televisyen itu sedikit sebanyak dapat membantunya menghilangkan trauma akibat gempa tersebut.

“Sudah tentu kami seronok dapat tonton televisyen dan lebih menarik, menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia.

“Piala Dunia perlawanan besar, maka kami boleh menonton pasukan kegemaran masing-masing beraksi,” katanya.

Selain itu, bagi Nurjanah, televisyen itu dapat memberinya peluang menyaksikan sinetron kegemarannya.

Katanya, sebelum gempa berlaku, dia mempunyai rutin harian untuk menonton sinetron kegemarannya.

“Memang pada mulanya saya sudah tidak terfikir mengenai sinetron akibat bencana yang berlaku.

“Namun, apa salahnya beri ruang dan masa kepada diri untuk berhibur dengan menonton televisyen, bencana sudah pun berlaku,” ujarnya.

Gempa bumi itu setakat ini sudah meragut lebih 300 nyawa dengan ramai lagi hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya