Pemetik buah Indonesia dijadikan buruh paksa di UK

Pemetik buah Indonesia dijadikan buruh paksa di UK

PEMETIK buah warga Indonesia di United Kingdom mendakwa mereka dibebani hutang demi mencari rezeki. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemetik buah warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang memaklumkan mereka dibebani dengan hutang sehingga 5,000 pound (RM26,975) untuk bekerja di Britain setiap kali tibanya musim buah.

The Guardian melaporkan, pemetik buah di ladang di Kent, tenggara England diberikan kontrak masa kerja tanpa had dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dibayar gaji kurang dari 300 pound (RM1,618) seminggu.

Ladang itu membekalkan buah beri kepada empat pasar raya utama United Kingdom iaitu Marks & Spencer, Waitrose, Sainsbury’s dan Tesco.

Selain itu, golongan pemetik buah berkenaan juga perlu membayar yuran yang merangkumi tiket penerbangan dan visa.

Kebanyakannya turut mendedahkan mereka dikenakan bayaran tambahan daripada orang tengah yang merupakan rakyat Indonesia yang sebelum itu berjanji memberikan mereka pendapatan lumayan.

Seorang daripada pemetik buah menceritakan, dia sanggup memajakkan rumah keluarganya di Bali sebagai jaminan kepada hutang yang ditanggungnya.

“Saya perlu bekerja keras untuk melunaskan semua hutang tersebut dan perkara itu amat merunsingkan saya,” katanya.

Brexit dan perang di Ukraine mencetuskan kekurangan tenaga kerja dalam sektor agrikultur di UK, menyebabkan banyak peladang terdesak mendapatkan tenaga kerja luar dari Eropah.

Sementara itu, pihak berkuasa UK sudah menerima laporan mengenai perkara berkenaan dan pasar raya terlibat turut melancarkan siasatan segera.

Dianggarkan ratusan tenaga kerja Indonesia direkrut bekerja di Britain pada musim panas ini menggunakan visa pekerja bermusim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN