Peniaga pokok ganja 'senyum lebar', raih keuntungan luar biasa di Thailand - Utusan Malaysia

Peniaga pokok ganja ‘senyum lebar’, raih keuntungan luar biasa di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang peniaga pokok ganja meraih keuntungan besar apabila perniagaannya semakin maju sejak kerajaan Thailand membenarkan orang ramai menanam pokok dadah itu di rumah.

Peniaga wanita yang dikenali sebagai Khamphai, 53, memberitahu, dia akan menolak troli yang membawa daun dan pokok ganja di Pasar Suwaphan setiap hari untuk dijual.

Katanya, sejak tiga hari lalu, dia menjual kira-kira 100 hingga 200 pokok ganja dengan harga 150-180 baht (RM18-RM22) setiap satu, mengikut saiz.

“Saya mendapatkan bekalan pokok ganja dari wilayah Buriram di timur laut Thailand sebelum bawa ke daerah Ang Thong untuk dijual.

“Saya agak terkejut dengan sambutan orang ramai yang semakin banyak membeli pokok ganja untuk ditanam di rumah mereka,” katanya seperti yang dilaporkan TheThaiger.

Wanita itu juga memberitahu, keuntungan yang diraih dalam perniagaannya membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih senang berbanding pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Polisi kerajaan yang membenarkan rakyat negara ini menanam ganja di rumah secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan saya.

“Kini, saya boleh menarik nafas lega selepas berdepan situasi sukar akibat pandemik sebelum ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya