Nenek dipukul sebelum dibuang anak, menantu - Utusan Malaysia

Nenek dipukul sebelum dibuang anak, menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKANBARU: Seorang wanita warga emas mengalami patah tulang pada bahagian lututnya selepas dipukul menantu dalam satu kejadian di Rokan Hulu, Riau.

Wanita itu dikenali sebagai Aisyah Lubis memberitahu, dia dipukul dengan kayu oleh menantunya ketika tinggal bersama anak dan suaminya sebelum ‘dibuang’ mereka.

Ketika ini, Aishah tinggal di sekolah pondok milik ustaz Andy Sidomulyo yang simpati dengan nasib wanita itu.

Jelas Andy, sudah enam bulan wanita warga emas itu tinggal di sekolah pondoknya selepas dia dibuang oleh anak dan menantunya.

“Kami jumpa nenek Aisyah di tepi jalan dalam keadaan yang amat menyedihkan, selain dia juga kelaparan.

“Nenek Aisyah beritahu, dia ditinggalkan oleh menantunya di satu tempat tanpa sebarang bekalan makanan dan baju,” katanya.

Andy memberitahu, pihaknya cuba menghubungi keluarga Aisyah, namun mereka enggan peduli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya