Sri Lanka kesan empat mutasi varian Delta - Utusan Malaysia

Sri Lanka kesan empat mutasi varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Kumpulan pakar perubatan Sri Lanka memaklumkan varian Delta yang menular di negara ini bermutasi sehingga empat tahp berikutan kadar jangkitan yang tinggi, namun tidak memberi kesan terhadap keberkesanan vaksin Covid-19.

Ketua Jabatan Imunologi dan Sains Molekul di Universiti Sri Jayawardenapura, Prof. Neelika Malavige berkata, walapun varian itu bermutasi sehingga empat tahap, penduduk di negara ini tidak perlu panik.

“Satu daripada mutasi varian Delta iaitu A-222V boleh ditemukan di kebanyakan negara, mutasi A-1078S pula dikesan di Sri Lanka dan Malaysia, manakala dua lagi mutasi iaitu A-701S dan R-24C hanya ditemukan di negara ini.

“Kesemua mutasi ini tidak akan mencetuskan varian baharu dan penduduk tidak perlu panik,” katanya seperti yang dilapor agensi berita Xinhua.

Jelas Malavige, varian Covid-19 yang bermutasi tidak akan memberi kesan kepada kebekerkesanan vaksin dan penduduk perlu mendapatkan suntikan secepat mungkin.

Sri Lanka kini menjalani perintah berkurung sehingga 30 Ogos ini selepas kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat mendadak akibat varian Delta.

Negara ini merekodkan lebih 7,000 kematian dan 390,000 kes jangkitan koronavirus.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya