COTABATO: Sekurang-kurangnya 17 maut dan 40 cedera apabila sebuah pesawat tentera Filipina terhempas di selatan negara ini.
Sebanyak 92 penumpang menaiki pesawat berkenaan ketika ia cuba mendarat di pulau Jolo, wilayah Sulu pada pagi ini.
Setiausaha Kementerian Pertahanan, Delfin Lorenzana berkata, angka kematian boleh meningkat dalam tempoh terdekat.
Katanya, kesemua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Beberapa imej yang dirakam media tempatan menunjukkan asap tebal menyelubungi lokasi kejadian dan bangkai pesawat terbakar. – AFP