SEOUL: Korea Utara dilaporkan menyumbang dana sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta) kepada Myanmar sebagai bantuan kemanusiaan.
Pemberian dana itu sekali gus menjadi sumbangan pertama Korea Utara sejak 2005.
Data kewangan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menunjukkan Korea Utara menyumbang dana tersebut kepada Tabung Kemanusiaan Myanmar pada 24 Mei lalu.
Kali terakhir negara itu memberi sumbangan adalah pada 2005 berjumlah AS$150,000 (RM620,699) kepada Indonesia, India, Thailand, Malaysia, Maldives dan Sri Lanka.
Kesemua negara tersebut terjejas selepas dilanda bencana tsunami Aceh pada 2004.
Korea Utara juga sudah lama menjalin hubungan dengan Myanmar, selain Pyongyang didakwa pernah membekalkan senjata kepada negara itu. – REUTERS