Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka dua juta - Utusan Malaysia

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka dua juta

SEORANG penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Banda Aceh, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia hari ini merekodkan sebanyak 14,536 kes jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di seluruh negara sudah melepasi dua juta kes.

Jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 2,004,445.

Indonesia juga merekodkan 294 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 54,956 kes.

Jakarta mendahului dengan 5,014 kes baharu dan 74 kematian.

Sejak Indonesia mengumumkan kes pertama jangkitan Covid-19 pada Mac tahun lalu, kes jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan adalah sebanyak 14,518 pada penghujung Januari lalu.

Negara ini merekodkan peningkatan kes mendadak sejak cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan lalu.

Sehubungan itu, kerajaan menambah 72,000 katil di pusat kuarantin dan 7,200 katil untuk kegunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di beberapa hospital. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya