KLATEN: Seorang remaja lelaki yang sanggup berbogel atas motosikal dan videonya tular sebelum ini dipercayai berlaku selepas dia kalah pertaruhan dalam satu pertandingan bola sepak.
Jurucakap polis Klaten, Andriansyah Rithas Hasibuan berkata, remaja itu bersama rakan-rakannya membuat taruhan pasukan mana yang akan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) melibatkan Chelsea dan Manchester City.
“Kesemuanya sepakat, sesiapa yang kalah pertaruhan perlu berbogel,” katanya.
Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Polis Klaten, Nahwori memaklumkan kesemua remaja tersebut sudah disoal siasat berhubung video tersebut.
Katanya, seramai lima orang terlibat dalam insiden berkenaan.
“Kesemua remaja itu boleh didakwa di bawah Undang-Undang Pornografi dan Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik,” ujarnya.
Sebelum itu, tular satu video seorang lelaki berbogel atas motosikal dalam media sosial di negara ini.