JAKARTA: Dua ekor anak badak Jawa yang hampir pupus dikesan dalam hutan di Taman Negara Ujung Kulon di Banten.
Kehadiran dua anak badak yang dianggarkan berusia tiga bulan hingga setahun itu berjaya dirakam oleh kamera yang dipasang di dalam taman negara tersebut.
Ujung Kulon didakwa menjadi habitat asal terakhir bagi spesies badak tersebut.
Selepas beberapa tahun merekodkan penurunan populasi, dianggarkan hanya 73 badak Jawa yang ada ketika ini di taman negara tersebut.
Badak jawa pernah dikesan di beberapa lokasi di sekitar Asia Tenggara sebelum menjadi mangsa pemburuan haram dan gangguan habitat. – AFP