Abang, adik gilir-gilir tukar baju untuk jumpa guru - Utusan Malaysia

Abang, adik gilir-gilir tukar baju untuk jumpa guru

ALDI (paling kanan) ketika menerima sumbangan di rumahnya di Lampung, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Tindakan dua beradik saling bertukar pakaian antara satu sama lain ketika menerima kunjungan dua guru yang melakukan tinjauan mengenai pelajar tidak mampu di Lampung mendapat perhatian pelbagai pihak.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku ketia dua guru iaitu Putri dan Edi berkunjung ke rumah seorang pelajar bernama Aldi Saputra pada Jumaat lalu.

Aldi menyambut kedatangan dua guru berkenaan dengan penuh mesra sebelum dia masuk ke bilik untuk menukar baju yang dipakai untuk diberikan kepada abangnya.

Selepas itu, abangnya pula keluar ke ruang tamu untuk bertemu dengan dua guru berkenaan, semantara Aldi menunggu di dalam bilik.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada dua guru berkenaan sehingga mereka menceritakan hal sebenar

Ketika ditanya, Aldi memberitahu, mereka tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk berjumpa dengan tetamu yang datang ke rumah.

Hal ini kerana, banyak baju mereka koyak dan lusuh.

“Kami segan berjumpa dengan tetamu yang datang ke rumah kerana kami tidak ada baju yang cantik, semua baju kami lusuh dan koyak, maka kami akan bertukar baju ketika tetamu datang,” katanya.

Aldi tinggal bersama ibunya, Miswati, 50, abangnya, Adit Pratama, 17, dan adiknya, Anita Julia, 13.

Sekeluarga itu tinggal di sebuah rumah yang uzur di Labuhan Ratu, bandar Lampung.

Keadaan keluarga Aldi mendapat perhatian pihak berwajib dan mereka diberi sumbangan berupa sejumlah baju baru dan barang makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya