ACEH: Sebuat bot yang membawa kira-kira 80 pelarian Rohingya dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak mendarat di Pulau Idaman di Sumatera Utara.
Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.
Bos itu juga tidak diketahui destinasinya sebelum mendarat di pulau berkenaan.
Seorang penduduk, Muhammad Upin berkata, dia ternampak bot tersebut pada awal pagi ini.
“Kira-kira pukul 7 pagi, sebuah bot membawa sejumlah penumpang terdampar tepi pantai.
“Mereka terkandas kerana enjin bot berkenaan rosak dan kesemua penumpang dalam keadaan sihat,” katanya.
Pada September lalu, hampir 300 pelarian Rohingya tiba di utara Indonesia. – AFP