Singapura tangguh hantar jemaah tunai haji bagi 2021 - Utusan Malaysia

Singapura tangguh hantar jemaah tunai haji bagi 2021

TAHUN ini belanja untuk menunaikan haji dijangka meningkat sehingga 25 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pelaksanaan ibadah haji bagi 900 jemaah Singapura tahun ini akan ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Keputusan itu menyaksikan dua tahun berturut-turut Singapura tidak menghantar jemaahnya untuk menunaikan ibadah haji.

Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan, pihaknya akan membantu semua jemaah terlibat untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan ibadah haji pada tahun depan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Jelas MUIS, kumpulan jemaah haji bagi tahun 2020 yang sudah membayar wang pendahuluan akan menerima bayaran balik.

“Pandemik Cobid-19 ketika ini dilihat sering berubah-ubah dan amat menimbulkan keprihatinan pelbagai pihak, terutamanya penularan varian baharu koronavirus.

“Semakin banyak negara melaporkan lonjakan kes jangkitan dan mungkin berterusan pada bulan mendatang, selain kadar vaksinasi juga belum menyeluruh,” jelas badan itu.

MUIS memaklumkan, keputusan yang dibuat turut disokong oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Singapura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya