BANGKOK: Kumpulan aktivis pro demokrasi Thailand berhimpun dan berarak di hadapan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini bagi menggesa agensi antarabangsa itu menekan kerajaan untuk memansuhkan undang-undang fitnah raja.
Menurut kumpulan itu, undang-undang tersebut digunakan untuk menyekat pergerakan demokrasi di negara ini.
Sebanyak 23 ketua ketua aktivis didakwa mengetuai demonstrasi bagi menuntut reformasi monarki dan pengawasan lebih ketat terhadap percaturan kewangan keluarga diraja Thailand.
Undang-undang fitnah diraja itu ‘melindungi’ Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn serta kerabatnya daripada sebarang kritikan dengan mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dipenjara antara tiga hingga 15 tahun.
Seorang daripada aktivis yang menyertai himpunan tersebut, Somyot Prueksakasemsuk, 59, yang sebelum ini dipenjara selama tujuh tahun kerana dituduh menghina raja dengan menyiarkan satira mengenai kerabat diraja.
“Situasi ini tidak bagus untuk menggambarkan imej monarki di negara ini.
“Kesemua yang didakwa di bawah undang-undang fitnah raja juga dilayan seperti ‘binatang’ di dalam penjara,” katanya. – AFP