GAZA: Pesawat udara menjalankan misi penurunan bantuan kemanusiaan pertama sejak pertengahan Julai di kawasan Al-Mawasi, barat Khan Younis di selatan Gaza. Menurut saksi, pesawat yang tidak dikenali itu menjatuhkan bekalan bantuan menggunakan payung terjun di bandar pantai Al-Qarara. Bagaimanapun, satu kerosakan teknikal menyebabkan kotak bantuan jatuh di atas khemah menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, mengakibatkan kematian dan kemusnahan, menurut saksi. Sumber perubatan memberitahu Anadolu seorang warga emas terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam insiden tersebut. Israel telah mengenakan sekatan ketat terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutamanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya