BAITULMAQDIS: Israel membedil Pelabuhan Hodeidah di Yemen semalam, mendakwa tenteranya menyerang kedudukan kumpulan bersenjata Houthi, ketika tentera Zionis turut menggandakan serangan udara ke Lubnan dua hari selepas membunuh komander Hezbollah, Hassan Nasrallah. Menurut tentera Israel, serangan ke pelabuhan itu dibuat sebagai serangan balas peluru berpandu Houthi ke Israel beberapa hari lalu. Pihak berkuasa kesihatan melaporkan, empat terbunuh sementara 29 yang lain cedera dalam serangan tersebut. Serangan itu dibuat ketika Israel memperhebatkan serangan di Lubnan setelah kempen pengebomannya selama dua minggu mengorbankan beberapa pemimpin kanan Hezbollah dan mengakibatkan ratusan ribu penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya