GAZA CITY: Tentera Israel meningkatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, dengan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan udara menyasarkan kem pelarian Al-Maghazi.
Malah, pihak berkuasa Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 250 penduduk di Gaza terbunuh dalam gelombang serangan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lapor Al Jazeera, serangan Israel juga menyebabkan ramai penduduk terbunuh di kawasan seperti Khan Younis, Bureij dan Nuseirat.
Kira-kira 500 orang cedera akibat serangan tentera Israel sejak sehari lalu.
Wartawan Al Jazeera dari Rafah, selatan Gaza, Tareq Abu Azzoum melaporkan bahawa angka kematian akibat serangan Israel di kem pelarian Al-Maghazi meningkat kepada 106 orang.