Pasangan pengantin Iraq trauma, pindah dari kampung - Utusan Malaysia

Pasangan pengantin Iraq trauma, pindah dari kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pasangan pengantin pada majlis perkahwinan yang berakhir dengan tragedi kebakaran di daerah Hamdaniya, Iraq, Revan mengakui sudah tidak mampu lagi tinggal di kampung itu akibat trauma yang amat mendalam.

Lapor portal News.Sky.com, Revan dan isterinya, isterinya, Haneen yang sempat menyelamatkan diri menerusi pintu dapur mengakui jiwa mereka sudah mati selepas berdepan dengan kejadian ngeri itu.

“Kami tidak boleh tinggal di sini lagi. Maksud saya, setiap kali kita cuba untuk mendapatkan kebahagiaan, sesuatu yang tragis berlaku dan memusnahkan kebahagiaan itu. Jadi, lebih baik kami pergi.

“Kami memang ada di hadapan kamu, tetapi sebenarnya (jiwa) kami sudah mati,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, kebakaran tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 113 orang dan 150 yang lain cedera.

Revan kehilangan 15 ahli keluarganya dalam kebakaran itu manakala isterinya hilang kata-kata selepas pemergian 10 saudaranya, termasuk ibu dan abangnya.

Bapanya juga dalam keadaan kritikal manakala sekurang-kurangnya 150 yang lain turut cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya