Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

TAHER Mohamed Zakarneh - WAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin berusia 19 tahun maut akibat ditembak semasa satu operasi dijalankan di sebuah bandar di selatan Jenin, Tebing Barat.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Taher Mohamed Zakarneh ditembak oleh tentera Israel di Qabatiya.

Taher meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital dengan peluru di bahagian kepala, kaki kanan, paha kiri serta mengalami kesan melecur.

Sebelum ini, tentera Israel memaklumkan pihaknya menjalankan operasi bagi mengekang aktiviti keganasan di bandar Jenin dan Qabatiya.

Jelasnya, pasukannya menahan lima individu yang disyaki melakukan keganasan.

Jelas Kementerian Kesihatan Palestin, satu rusuhan tercetus ketika operasi itu dilakukan.

“Penduduk mula membaling batu, bahan letupan dan bom molotov ke arah pasukan tentera dan beberapa bunyi tembakan kedengaran di kawasan tersebut.

“Tentera Israel bertindak balas dengan beberapa das tembakan peluru hidup,” katanya.

Sementara itu, tentera Israel berkata, seramai 17 individu ditahan dalam serbuan semalaman di seluruh Tebing Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya