CIA sahkan pemimpin al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron - Utusan Malaysia

CIA sahkan pemimpin al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, terbunuh dalam serangan dron oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu ini, kata Presiden AS, Joe Biden.

“Keadilan akhirnya terlaksana dan pemimpin pengganas ini sudah tiada lagi,” katanya dalam kenyataan menerusi televisyen sebentar tadi.

Operasi serangan itu adalah yang terbesar sejak pengasasnya, Osama bin Laden, dibunuh oleh tentera AS pada 2011.

Zawahiri, seorang pakar bedah warga Mesir, yang ditawarkan ganjaran AS$25 juta (RM111 juta) kepada sesiapa yang membantu penahanannya, turut terbabit dalam menyelaras serangan September 2001 di AS, yang mengorbankan hampir 3,000 mangsa.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata CIA melancarkan serangan dron itu dari Kabul pada Ahad lalu.

“Sepanjang hujung minggu lalu, AS melaksanakan operasi membanteras keganasan terhadap sasaran penting Al-Qaeda di Afghanistan.

“Operasi berkenaan berjaya dan tiada mangsa dalam kalangan orang awam dilaporkan,” katanya.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana AS yang tidak mempunyai tentera di lapangan di Afghanistan boleh mengesahkan Zawahiri terbunuh.

Terdapat beberapa khabar angin berhubung kematian Zawahiri beberapa kali dalam beberapa tahun kebelakangan, termasuk laporan lama mengatakan dia dalam keadaan kesihatan yang teruk.

Kematiannya yang disahkan Biden hari ini turut menimbulkan persoalan sama ada Zawahiri menerima perlindungan daripada Taliban berikutan rampasan Afghanistan pada Ogos tahun lalu.

Ini adalah serangan dron pertama AS yang diketahui berlaku dalam Afghanistan sejak tentera dan diplomatnya meninggalkan negara bergolak itu pada Ogos tahun lalu.

Langkah itu dikatakan dapat meningkatkan kewibawaan jaminan Washington bahawa AS masih berupaya menangani ancaman dari Afghanistan tanpa kehadiran tentera di negara itu.

Zawahiri difahamkan berlindung di sebuah rumah di Kabul dan menurut pegawai AS, dia dibunuh menerusi ‘serangan tepat dari udara’ menggunakan dua peluru berpandu Hellfire, tanpa membabitkan anggota tentera AS di lapangan di Kabul ketika serangan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Taliban, Zaibhullah Mujahid, mengesahkan satu serangan berlaku dan mengutuk tindakan itu sekeras-kerasnya dengan menyifatkannya sebagai keganasan atas prinsip antarabangsa.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takor, mengesahkan sebuah rumah musnah terkena serangan roket di Sherpoor tetapi taiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah itu kosong.

Satu lagi sumber Taliban berkata terdapat laporan mengenai dron berterbangan di ruang udara Kabul pada pagi serangan itu berlaku.

Dia dijatuhi hukuman di AS atas peranannya dalam pengeboman Kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada 7 Ogos 1998, mengorbankan 224 mangsa dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.

Osama dan Zawahiri berjaya menyelamatkan diri apabila pasukan tentera bersekutu diterajui AS menumbangkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001, menyusuli serangan 11 September di AS.

Keberadaan Zawahiri, yang mana dia pernah dikhabarkan bersembunyi di kawasan puak Pakistan atau Afghanistan, tidak diketahui sebelum ini sehingga berlaku serangan dron berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya